Kuruskan Badan.


Zamrian mempunyai berat badan yang berlebihan. Pada suatu hari ketika balik ke rumahnya, dia telah terpandang akan satu iklan yang di tampal di perhentian bas.

"Anda mempunyai berat badan yang berlebihan? Kami ada caranya yang terbukti berkesan. Pakej 1, di jamin kurus dalam tiga sesi, pakej 2, di jamin kurus hanya dengan satu sesi" .

"Wah ini sudah bagus, baik aku cuba pakej satu dulu" kata Zamrian di dalam hatinya. Zamrian terus menghubungi nombor di iklan itu. Tiba hari yang telah ditetapkan, Zamrian terus dibawa oleh pekerja syarikat itu ke sebuah bilik yang gelap.

Zamrian terpinga-pinga apabila dibiarkan seorang diri di dalam bilik yang gelap itu. Tiba-tiba lampu bilik di nyalakan dan Zamrian terpandang seorang perempuan cantik di tengah bilik tersebut. Terlopong biji mata Zamrian apabila perempuan cantik tersebut membuka kesemua pakainnya.

"Kalau awak dapat tangkap saya, awak boleh buat apa sahaja" kata prempuan cantik tersebut. Tanpa berlengah Zamrian terus mengejar perempuan cantik tersebut. Sudah tiga sesi berlalu, tetapi Zamrian kecewa kerana tidak dapat menagkap perempuan cantik tersebut. Akan tetapi Zamrian mendapati berat badannya berkurangan dengan mendadak.

"Baru pakej satu dah jadi macam ni, aku mesti cuba pakej dua pula, mesti perempuan yang lebih cun hohoho.." kata Zamrian di dalam hatinya.

Selepas beberapa hari, Zamrian mencuba pula pakej kedua.Seperti biasa Zamrian telah di bawa dan di tinggalkan seorang diri di dalam bilik yang gelap. "Mesti perempuan yang lagi cun kali ni. Aku mesti dapat kali ni hehehe.." kata Zamrian di dalam hatinya.

Tiba-tiba lampu di dalam bilik tersebut dinyalakan. Akan tetapi Zamrian terperanjat besar apabila yang berada di tengah bilik tersebut bukanlah seorang perempuan cun yang di inginkannya.

Seorang lelaki Afrika berbadan sasa berdiri di dalam bilik itu. " If i catch you, i can do anything .." kata lelaki Afrika itu sambil menanggalkan pakaiannya. Berlarilah Zamrian dengan penuh bersungguh-sungguh di dalam bilik itu.

Comments

  1. hehehe... cara paling mudah untuk kuruskan badan ialah pemakanan seimbang. amalkan puasa terutama puasa sunat. tak payah keluar kos.

    Kalau pegi kat tempat slimming tu nanti macam-macam dia suruh beli. lepas tu dia offer pakej demi pakej. mula-mula dia bagi satu sessi percuma. tau tau je kena beli pakej RM3000.00 bayar easy-payment zero interest melalui kad kredit.

    kah kah kah

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan